Talian Hotline Bantuan RM500 telah dibuka & borang permohonan boleh dimuat turun pada 12 Disember

Kementerian Kewangan telah membuka talian hotline bermula hari ini untuk orang awam bertanyakan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500.00 untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000.00 dan kebawah.

1-800-222-500
Talian ini dibuka dari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Selain itu, pertanyaan juga boleh diajukan melalui emel belanjawan2012@treasury.gov.my atau melalui faks 03-8882 3786.
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:

i.   Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
ii.  Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
iii. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
iv. Warga emas sebatang kara

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak memohon.

Borang BR1M boleh diperoleh secara PERCUMA mulai 10 Disember 2011(Sabtu) di:
i. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
ii. Jabatan Pembangunan Persekutuan
iii. Pejabat Daerah (bagi negeri-negeri selain Selangor, P. Pinang, Kedah & Kelantan)
iv. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (mulai 12 Disember)
v. Pejabat Penerangan Daerah (mulai 12 Disember)
Borang ini boleh dimuat turun dari laman web Perbendaharaan bermula pada 12 Disember.

Ingat! Borang bantuan ini adalah PERCUMA. Tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk mendapatkan borang BR1M ini. Jangan terpedaya dengan mana-mana pihak.
Tempoh yang diberikan untuk mengembalikan borang ini adalah SEBULAN SAHAJA. Jadi pastikan borang berkenaan dilengkapkan dan dikembalikan sebelum 9 Januari 2012 bersama-sama salinan kad pengenalan dan slip gaji (jika ada) di lokasi-lokasi berikut:
i. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
ii. Jabatan Pembangunan Persekutuan
Bantuan RM 500.00 ini dijangka akan disalurkan mulai pertengahan Januari 2012.
Menurut operator yang saya hubungi, mereka yang layak menerima bantuan setelah mengembalikan borang permohonan BR1M ini akan menerima maklum balas melalui surat dalam bulan Januari nanti.
Surat berkenaan akan menyatakan lokasi yang perlu dihadiri oleh penerima untuk mengambil voucher BR1M berjumlah RM 500.00. Mungkin akan ada majlis penyerahan bantuan dilaksanakan secara serentak.
Seterusnya voucher berkenaan boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional.
Ingat! Jangan terpedaya sekiranya ada mana-mana pihak yang mengaku sebagai ajen-ajen dilantik LHDN untuk menguruskan permohonan bantuan ini dengan mengenakan bayaran. BR1M ini PERCUMA bagi mereka yang layak!
Hebahkan perkara ini kepada semua khususnya saudara mara kita di luar bandar agar mereka turut merasai nikmat dari bantuan ini.
Wassalam.
By midempat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s