Sejarah

Kampung ini mula didiami sekitar tahun 50-an, dimana sebelum ini penduduk mendiami kawasan pantai yang kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan. Apabila sebuah syarikat perlombongan bauksit telah dibuka dan didirikan dikawasan ini, maka penempatan penduduk beralih di kawasan baru dengan kebanyakkanya bekerja dengan syarikat perlombongan tersebut. Pada awalnya kawasan kampung ini hanya mempunyai jalan tanah merah sahaja dan didiami lebih kurang 20 keluarga sahaja, penghuni yang tertua di kampung ini, Tuan Hj Yaakub Bin Abu Bakar , tetapi telah bertambah dengan adanya syarikat perlombongan bauksit dikawasan ini. Begitu juga orang luar dari kampung ini , telah berhijrah ke kawasan kampung untuk bekerja. Nama Kampung ini telah diambil dari nama bukit yang terdapat dalam melintasi kampung ini yang menganjur ke laut. Difahamkan bahawa pada zaman dahulu sering didatangi raja untuk memburu. Kawasan kampung ini juga melibati kawasan Kampung Bukit Lintang yang mempunyai rumah dalam 22 buah sahaja dan menempatkan jumlah penduduk anggaran 70 orang termasuk kanak-kanak. Kampung Bukit Raja ini juga meliputi kawasan Kampung Bukit Gelugur yang pada asalnya tanah hak milik kerajaan yang telah diserahkan kepada penduduk kampung sekitar Kampung Bukit Raja dan persekitaran anggaran mempunyai 25 buah rumah dalam keluasan tanah ang telah dipecahkan oleh kerajaan tempatan untuk bumiputera anggaran penduduk sekitaran dalam 100 orang termasuk kanak-kanak. Manakala Kampung Bukit Raja Laut terdiri dari sanak saudara dari Kampung Bukit Raja yang berpindah ke kawasan tersebut.

Kampung Bukit Raja terdiri dari 5 kampung rangkaian iaitu:

1) Kampung Bukit Raja Darat

2) Kampung Bukit Raja Laut

3) Kampung Bukit Pelali

4) Kampung Bukit Gelugur

5) Kampung Bukit Lintang,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s