LAMAN UTAMA

Latar Belakang

MID ialah satu projek untuk menjayakan Agenda Teknologi Maklumat (IT) Negara ke arah mewujudkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang tahun 2020. Matlamat utamanya ialah untuk merapatkan jurang digital antara Bandar dan luar Bandar.
MID merupakan satu pusat atau telecenter yang dilengkapi prasarana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dibina di kawasan luar Bandar. Pembinaan MID ini membolehkan warga desa mendapatkan kemudahan ICT di kawasan masing-masing. MID juga berfungsi sebagai pusat latihan untuk menyediakan latihan asas dan kemahiran ICT kepada masyarakat desa. Objektif MID adalah :-
  • Menggalakkan penghayatan budaya ilmu di kalangan masyarakat desa setempat menerusi perantara ICT;
  • Mengurangkan jurang digital antara masyarakat desa dengan masyarakat arus perdana (Mainstream Society);
  • Menjadikan MID sebagai pusat latihan ICT setempat;
  • Menjadikan MID sebagai pemangkin pemilikan komputer peribadi;
  • Menjadikan MID sebagai pencetus pewujudan aktiviti keusahawanan ICT desa dari segi kepakaran pembaikan/penyelesaian masalah berkaitan dengan perkakasan serta pembangunan kandungan (content development)dan perisian;
  • Membina rangkaian pangkalan maklumat desa yang akan membantu mengemas kini data yang diperlukan oleh pengurusan seperti profil maklumat kampung, maklumat warga dan pengurusan kampung;
  • Membangunkan e-komuniti di kalangan masyarakat desa; dan
  • Menyumbang ke arah pembangunan e-kerajaan.
Pelaksanaan MID
Keseluruhan pembinaan MID termasuk yang dibina oleh Agensi-agensi KKLW sehingga tahun 2009 adalah sebanyak 237 buah seperti berikut :
Bil
Kategori MID
Bilangan MID
1.
Daerah
90
2.
Mukim
114
3.
Kampung
33
Jumlah
237
Halatuju Pelaksanaan Medan Infodesa
Mengikut perancangan Kementerian, menjelang tahun 2010 semua daerah akan mempunyai sebuah MID Daerah manakala sebahagian dari Mukim akan mempunyai sebuah MID Mukim. Kementerian akan meneruskan pelaksanaan MID ini dalam tempoh RMKe10 sehingga semua kampung mempunyai sebuah MID masing-masing. Berdasarkan konsep asas penubuhan MID iaitu pemilikan komuniti (community ownership), pendayaan masyarakat (empowerment) dan kemapanan (sustainability), aktiviti Mid yang berbentuk keusahawanan dalam bidang ICT akan dipertingkatkan. Bagi tujuan tersebut, kursus-kursus profesional dalam bidang multimedia, pembangunan perisian aplikasi, laman web, penyenggaraan komputer serta rangkaian (networking) komputer akan dipertingkatkan. Bagi mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan, usaha dengan syarikat ICT terkemuka seperti Microsoft, Oracle, Cisco serta institut pengajian tinggi akan dilaksanakan bagi kursus-kursus di MID.
Dengan adanya kursus-kursus seperti ini, MID akan dapat menyediakan tenaga mahir dalam bidang ICT yang boleh menghasilkan produk-produk ICT untuk pasaran tempatan. Produk-produk seperti perisian aplikasi, multimedia dan animasi boleh dipasarkan ke peringkat sekolah, jabatan kerajaan, pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memerlukan. Dalam jangka masa panjang, MID akan menjadi pusat khidmat setempat (one stop centet) bagi perkhidmatan lain termasuk jualan dan pembaikan komputer serta peralatannya. Aktivit-aktiviti seperti ini mampu menjana pendapatan yang akan membolehkan MID ditadbir sendiri oleh masyarakat tempatan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) suatu masa nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s